Saturday, 16 July 2011

Allah itu Maha Besar..

setiap petang Jumaat, selepas solat Jumaat, selepas melayani para
jamaah di Masjid, Imam dan putera lelakinya yang berumur 11 tahun akan
keluar ke bandar untuk mengedarkan risalah bertajuk "Jalan Ke Syurga"
dan juga menyampaikan ceramah agama.

Pada petang Jumaat itu, seperti biasa Imam dan putera lelakinya akan
keluar untuk mengedarkan risalah. Bagaimanapun pada petang tersebut
keadaan di luar rumah sangat sejuk dan hujan pula turun dengan sangat
lebat.

Budak itu memakai baju sejuk dan baju hujan dan berkata "OK ayah, saya
sudah bersedia". Ayahnya berkata "Bersedia untuk apa?". Budak itu
menjawab "Ayah, masa telah tiba untuk kita keluar mengedarkan buku-buku
tentang Islam ini".
Ayahnya membalas "Anakku, di luar sana sangat sejuk dan hujan lebat
pulak".

Dengan muka yang kehairanan, budak itu bertanya ayahnya, "Tetapi ayah,
adakah manusia tidak masuk neraka jika hari hujan?"

Ayahnya menjawab, "Anakku, Ayah tak akan keluar dengan cuaca begini..".
Dengan nada sedih, budak itu bertanya, "Ayah, boleh tak benarkan saya
pergi?". Ayahnya teragak-agak seketika, kemudian berkata, "Anakku, awak
boleh pergi. Bawalah buku ini semua dan berhati-hati" .

Kemudian, budak itu telah keluar dan meredah hujan. Budak sebelas tahun
ini berjalan dari pintu ke pintu dan lorong-lorong sekitar bandar. Dia
memberikan risalah dan buku kepada setiap orang yang ditemuinya.

Setelah dua jam berjalan dalam hujan, akhirnya tinggal hanya satu
naskhah padanya. Ketika itu dia telah basah kuyup dan berasa sejuk
hingga ke tulang. Budak itu berhenti di satu penjuru jalan sambil
mencari seseorang untuk diberikan buku tersebut. Namun keadaan di situ
lengang. Kemudian dia berpatah balik ke rumah pertama yang dia lalu di
lorong itu.

Dia berjalan di kaki lima menuju ke rumah tersebut. Bila sampai di pintu
hadapan, dia menekan suis loceng namun tiada sesiapa yang membuka pintu.
Dia tekan lagi dan lagi, tetapi masih tiada jawapan. Dia tunggu lagi
tetapi masih tiada jawapan.

Akhirnya dia berpaling untuk meninggalkan rumah tersebut, tetapi seperti
ada sesuatu yang menghalangnya. Dia kembali ke pintu itu dan menekan
lagi suis loceng dan buat pertama kalinya mengetuk pintu dengan kuat.
Dia tunggu, kemudian seperti sesuatu di anjung rumah itu menghalangnya
supaya jangan pergi. Dia menekan suis loceng sekali lagi dan kali ini
dengan perlahan pintu dibuka.

Berdiri di hadapan pintu itu seorang perempuan tua yang berwajah
kesedihan. Dengan perlahan perempuan tua itu bertanya, "Apa yang boleh
saya bantu awak, wahai budak?".

Dengan senyuman serta mata yang bersinar yang boleh menyinarkan bumi,
budak itu berkata, "Makcik, saya mohon maaf kalau saya telah mengganggu
makcik. Saya hanya ingin memberitahu bahawa Allah sangat sayang dan
sentiasa melindungi makcik. Saya datang ini hendak memberikan sebuah
buku yang terakhir ada pada saya ini. Buku ini menerangkan semua tentang
Tuhan, tujuan sebenar Tuhan menjadikan kita dan bagaimana untuk mencapai
kebahagiaan daripada-Nya" ..

Kemudian, budak itu menyerahkan buku terakhir itu dan berpaling untuk
balik. Sebelum berjalan balik, perempuan itu berkata, "Terima kasih ya
anak dan semoga Tuhan memberkatimu" .

Selepas solat Jumaat pada minggu berikutnya, Imam menyampaikan ceramah
agama seperti biasa. Dia menamatkan ceramahnya dengan bertanya, " Ada
sesiapa yang ingin bertanya soalan atau ingin berkata sesuatu?".

Dengan perlahan, di barisan belakang di kalangan tempat duduk muslimat,
suara seorang perempuan tua kedengaran di speaker, "Tiada di kalangan
jemaah yang berkumpul ini mengenali saya. Saya tidak pernah hadir
sebelum ini. Sebelum hari Jumaat yang lepas, saya belum lagi memeluk
agama Islam bahkan tidak terfikir langsung untuk memeluknya. Suami saya
telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu, meninggalkan saya
sebatang kara, saya benar-benar keseorangan di dunia ini."

Pada petang Jumaat yang lepas, ketika cuaca sejuk dan hujan lebat, saya
telah bertekad untuk membunuh diri kerana sudah putus harapan untuk
hidup. Jadi saya mengambil seutas tali dan sebuah kerusi lalu menaiki
loteng di rumah saya. Saya ikat tali tersebut dengan kuat pada kayu
palang di bumbung rumah kemudian berdiri di atas kerusi, hujung tali
satu lagi saya ikat di sekeliling leher saya. Sambil berdiri di atas
kerusi, saya berasa benar-benar keseorangan, patah hati. Saya
hampir-hampir hendak melompat tiba-tiba loceng pintu berbunyi di tingkat
bawah dan saya tersentak. Saya berfikir untuk menunggu sebentar, dan
pasti orang itu akan pergi. Saya tunggu dan tunggu, tetapi bunyi loceng
semakin kuat dan bertubi-tubi.

Kemudian orang yang menekan suis loceng itu, mengetuk pintu pula dengan
kuat. Saya berfikir sendirian lagi "Siapalah di muka bumi ini yang boleh
buat begini? Tiada siapa pernah tekan suis loceng itu atau nak berjumpa
dengan saya". Saya longgarkan tali ikatan di leher dan kemudian pergi ke
pintu hadapan. Ketika itu bunyi loceng kuat dan semakin kuat.

Bila saya buka pintu dan lihat, sukar untuk dipercayai oleh mata saya,
di anjung rumah saya itu berdiri seorang budak yang sangat comel yang
bersinar wajahnya seperti malaikat, tidak pernah saya jumpa sebelum ini
di dalam hidup saya. Budak itu tersenyum. Oh! Saya tidak dapat hendak
gambarkan kepada anda semua. Perkataan yang keluar daripada mulutnya
menyebabkan hati saya yang telah lama mati tiba-tiba hidup semula,
seruan budak itu seperti suara bayi yang sangat comel.

"Makcik, saya datang hendak memberitahu bahawa Allah sangat menyayangi
dan sentiasa melindungi makcik". Kemudian dia memberikan kepada saya
sebuah buku bertajuk " Jalan Ke Syurga" yang saya sedang pegang ini.

Bila "malaikat kecil" itu telah pulang meredah sejuk dan hujan, saya
menutup pintu dan membaca dengan perlahan setiap perkataan yang tertulis
di dalam buku tersebut. Kemudian saya naik semula ke loteng untuk
mendapatkan semula tali dan kerusi. Saya tak perlukannya lagi.

Oleh sebab di belakang buku ini ada tertera alamat tempat ini, saya
sendiri datang ke masjid ini ingin mengucapkan syukur kepada Tuhan.
Tuhan kepada budak kecil yang telah datang tepat pada waktunya, yang
dengan demikian telah terhindar jiwa saya daripada keabadian di dalam
neraka.

Ramai yang berada di dalam masjid ketika itu menitiskan air mata. Mereka
melaungkan TAKBIR.ALLAH HU AKBAR. gemaan takbir bergema di udara. Imam
iaitu ayah kepada budak itu turun dari mimbar pergi ke barisan hadapan
di mana "malaikat kecil" itu sedang duduk.

Dia mendakap puteranya dengan air mata keluar tanpa disedarinya. Mungkin
tidak ada jemaah yang memiliki saat yang lebih mulia ini dan mungkin di
alam semesta ini belum pernah melihat seorang ayah yang penuh kasih
sayang dan penghormatan terhadap anaknya. Inilah satu peristiwa..

Berbahagialah anda kerana membaca kisah ini. Jangan biarkan kisah ini di
sini sahaja. Bacalah lagi dan sampaikan kepada yang lain. Syurga adalah
untuk umat-Nya. Ingatlah, dengan menyebarkan firman Allah boleh mengubah
hidup seseorang yang hampir dengan anda. Sila kongsi kisah menarik ini.

Sebarkanlah kalimah Allah, kalau kita bantu Allah, Allah akan membantu
kita dalam semua perkara yang kita buat.

Maksud firman Allah dalam Surah al-Maidah ayat 3;

".pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan
kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan
umatnya), sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka,
sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku
telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu
kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu,
maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang
diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka
bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi
Maha Mengasihani"

Kisah si Kecil iTu

anak kucing
Seekor anak kucing yang kecil mungil sedang berjalan-jalan di ladang pemiliknya. Ketika dia mendekati kandang kuda, dia mendengar binatang besar itu memanggilnya. “Kamu mesti masih baru di sini, cepat atau lambat kamu akan mengetahui bahawa pemilik ladang ini mencintai saya lebih dari binatang lainnya. Kerana saya mampu mengangkut banyak barang untuknya, saya kira binatang sekecil kamu tidak akan bernilai sama sekali baginya”, ujarnya dengan sinis.

kucing kecil itu menundukkan kepalanya dan pergi. Tapi, dari kandang sebelah, ia mendengar suara seekor lembu. “Saya adalah binatang yang paling terhormat di sini sebab puan di sini membuat keju dan mentega dari susu saya. Kamu tentu tidak berguna bagi keluarga di sini”, dengan nada mencemuh.

Belum lagi kesedihannya hilang, ia mendengar teriakan biri-biri. “Hai lembu, kedudukanmu tidak lebih tinggi dari saya. Aku memberi bulu kepada pemilik ladang ini. Saya memberi kehangatan kepada seluruh keluarga. Tapi kata-katamu soal kucing kecil itu, memang benar. Dia sama sekali tidak ada manfaatnya di sini.”

Satu demi satu binatang di situ ikut serta dalam pencemuhan itu, sambil menceritakan betapa tingginya kedudukan mereka di ladang itu. Ayam pun berkata bagaimana dia telah memberikan telur, Semua binatang sepakat kalau si kucing kecil itu adalah makhluk tak berguna dan tidak sanggup memberikan sumbangan apapun kepada keluarga itu.

Terpukul oleh kecaman binatang-binatang lain, kucing kecil itu pergi ke tempat sepi dan mulai menangis menyesali nasibnya. Sedih rasanya, sudah yatim piatu, dianggap tak berguna, disingkirkan dari pergaulan pula…

Ada seekor kucing tua di situ mendengar tangisan tersebut, lalu mendengar keluh kesah si kucing kecil itu. “Saya tidak dapat memberikan sumbangan kepada keluarga di sini, sayalah haiwan yang paling tidak berguna di sini…”

Terharu, kucing tua berkata, “Memang benar bahwa kamu terlalu kecil untuk menarik pedati. Kamu tidak berupaya memberikan telur, susu ataupun bulu. Tetapi bodoh sekali jika kamu menangisi sesuatu yang tidak mampu kamu lakukan. Kamu harus menggunakan kemampuan yang diberikan oleh Tuhan untuk membawa kegembiraan.”

Malam itu ketika pemilik ladang baru pulang dan kelihatan amat lelah Kerana perjalanan jauh di panas terik matahari, kucing kecil itu lari menghampirinya, menjilat kakinya dan melompat ke pelukannya. Sambil menjatuhkan diri ke tanah, pemilik ladang dan kucing kecil itu berguling-guling di rumput disertai tawa ria.

Akhirnya pemilik ladang itu memeluk dia erat-erat dan mengelus-elus kepalanya, dan berkata, “Meskipun saya pulang dalam keadaan letih, tapi rasanya semua jadi sirna, bila kau menyambutku semesra ini. Kamulah yang paling berharga di antara semua binatang di ladang ini. Kamu kecil, tapi sangat mengerti ertinya kasih…”


Moral:

Jangan sedih ketika kamu tidak dapat melakukan sesuatu seperti orang lain Kerana memang tidak memiliki kemampuan untuk itu. Tetapi apa yang kamu dapat lakukan, kerjakan itu dengan sebaik-baiknya. Dan jangan sombong jika kamu merasa banyak melakukan beberapa hal pada orang lain, karena orang yang tinggi hati akan direndahkan dan orang yang rendah hati akan ditinggikan

Saturday, 25 June 2011

di pondok itu

masih segar dalam ingatan
sewaktu kecilku bermain
di pondok itu
terlalu sungguh bahagianya 
hidup kami sekeluarga

kami didik dengan penuh oleh ayah dan bunda
ilmu dunia dan akhirat x lekang di dada
masa itu ayah & ibu berdoa
semoga berkekalan ilmunya 
hingga dewasa

biarpun hidup kami sederhana
namun kami bahagia bersama

namun masa dan usia menginjak ke depan
sungguhpun pondok itu sudah tiada
namun kenangan masih segar di ingatan